Sesiapa bertolak dari Sarikei ke Kuching ataupun Kuching ke Sarikei tidak akan terlepas untuk melalui Taman Rimba Sebangkoi. Taman tersebut menjadi tempat perhentian dan berehat pemandu yang berasa letih dan mengantuk. Mereka akan berhenti untuk mengambil udara yang segar atau tidur sebentar untuk menghilangkan rasa mengantuk sebelum meneruskan perjalanan. Kawasan seluas 50 hektar yang dikelilingi oleh Flora dan Fauna merupakan kawasan yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan melarikan dari daripada tugasan harian dan kesesakan bandar. Terdapat pelbagai jenis spesies tumbuh-tumbuhan yang tumbuh sana termasuk hidupan liar seperti serangga-serangga kecil dan juga beberapa hidupan liar. Contoh haiwan-haiwan yang dapat dilihat seperti tupai, burung, rusa dll. Di sini terdapat air sungai mengalir yang bersih dan jernih, air terjun yang kecil, hijauan pokok-pokok besar menutupi lelangit dan udara yang segar. Aliran arus air yang tenang dan sejuk, menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk berehat dan menjalankan aktiviti riadah seperti mandi manda ataupun “BBQ” bersama keluarga dan kawan-kawan.
Kira-kira 15 ekar telah dibersihkan dan disediakan kemudahan moden seperti tempat memanggang, tong-tong sampah berbentuk seperti pohon, pondok rehat besar dan kecil, taman permainan kanak-kanak, jambatan kayu, rumah tumpangan serta tandas dan bilik persalinan. Taman Rimba Sebangkoi terletak sejauh 25 km daripada pusat bandar Sarikei mengambil masa kira-kira 1 jam pejalanan menjadikan ia tempat yang ideal untuk pergi berehat atau beriadah sehari ketika cuti umum ataupun hujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan. Manakala jarak dari Sibu ke sini kira-kira sejauh 75km. Terdapat beberapa tugu dibina seperti burung Kenyalang, patung kuda dan juga zirafah. Dihadapan taman tersebut terdapat sebuah pintu gerbang besar untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong ke sana. Tempat letak kereta yang luas telah disediakan dan dapat menampung jumlah kereta yang banyak.
Taman Rimba Sebangkoi mula diketahui pelawat dan pelancong sejak tahun 1960 atau lebih awal lagi. Ianya kemudian diubahsuai dan ditambah baik segala kemudahan asas-asas menjadi sebuah tarikan pelancong yang menarik pada 4 Mei 1991 sehingga sekarang. Taman ini mempunyai 50 ekar hutan dengan ciri-ciri bukit bukau yang curam, aliran air berbatu dan air terjun kecil mengalir ke kolam dalam yang sejuk. Disebabkan rupa bentuk air terjun yang sederhana tinggi dan juga kolam air yang dalam menjadikan ia tempat untuk para-para pelancong yang berani untuk terjun pelbagai cara dan gaya. Segala aksi-aksi yang dilakukan adalah atas tangungjawab sendiri kerana tiada pihak berkuasa yang menjaga tempat tersebut. Selain itu, terdapat sebuah jambatan dibini di tinggkat atas bahagian air terjun tersebut yang strategik untuk menjadi tempat mengambil gambar berlatarkan pemandangan pokok-pokok yang menghijau.