Utama

🌟 PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TASKA KEMAS IPD SARIKEI KE NADI KAMPUNG SEBERANG 🌟

📅 19 Jun 2026

NADI Kampung Seberang berbesar hati menerima kunjungan daripada kanak-kanak dan guru-guru Taska KEMAS IPD Sarikei dalam Program Lawatan Sambil Belajar.

Sepanjang lawatan, para peserta telah didedahkan kepada kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan di NADI Kampung Seberang, di samping menyertai aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai penggunaan teknologi serta pembelajaran digital dalam suasana yang ceria dan selamat.

Terima kasih kepada pihak Taska KEMAS IPD Sarikei atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. Semoga program ini memberi manfaat dan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TASKA KEMAS IPD SARIKEI

23 June 2026 Galeri Foto

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TASKA KEMAS IPD SARIKEI KE NADI KAMPUNG SEBERANG 19 Jun 2026 NADI Kampung Seberang berbesar hati menerima kunjungan daripada kanak-kanak dan guru-guru Taska KEMAS IPD Sarikei […]

Baca lanjut →

NADI X KESEDARAN : TAKLIMAT BERITA PALSU JUN 2026

13 June 2026 Galeri Foto

TARIKH : 11 JUN 2026MASA : 3.00 PM – 4.00 PMLOKASI : NADI KAMPUNG SEBERANG

Baca lanjut →

BAYAR BIL DI NADI

10 June 2026 Galeri Foto

NAK BAYAR BIL ? DATANGLAH KE NADI BERDEKATAN ANDA SEKARANG.

Baca lanjut →

PERTANDINGAN NADI E-SUKAN MADANI LEGEND MUSIM KE-4

NADI Kampung Seberang ingin mempelawa komuniti setempat untuk mengikuti pertandingan Mobile Legend yang bakal diadakan pada bulan Julai 2026.

Baca lanjut →

NOTIS PENUTUPAN NADI KAMPUNG SEBERANG 31 MEI 2026 – 4 JUN 2026 SEMPENA CUTI UMUM HARI GAWAI DAYAK DAN HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

26 May 2026 Aktiviti Semasa

Pihak NADI Kampung Seberang ingin memaklumkan penutupan sementara operasi kami sempena Cuti Umum Hari Gawai Dayak dan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti berikut: […]

Baca lanjut →

NOTIS PENUTUPAN NADI KAMPUNG SEBERANG – 27 MEI 2026 (RABU) SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KAMPUNG SEBERANG Pihak NADI Kampung Seberang ingin memaklumkan penutupan sementara operasi kami sempena perayaan Hari Raya Aidiladha seperti berikut: Tarikh Ditutup: 27 Mei 2026 (Rabu) Tarikh […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya