Rasanya kalau guna tajuk seperti ini barulah netizen akan mula membaca, kerana segelintir netizen di Facebook ini hanya gemar membaca perkara-perkara yang menarik. Perbuatan menyebarkan berita palsu boleh menyebabkan anda didenda RM3,000.00.
Kami sering mempromosikan tabiat “SEMAK SEBELUM KONGSI”. Ianya merujuk kepada aktiviti menyiasat sesuatu maklumat sebelum mula sebarkan kepada pihak lain. Namun segelintir netizen mempunyai ilmu menilik yang sangat tinggi. Baca tajuk sahaja dah boleh faham seluruh berita.
Malah ada yang mengambil kesempatan di atas tabiat netizen yang tidak gemar menyiasat ini. Leceh. Penat. Taknak peduli. Sikap netizen seperti inilah yang membuatkan mereka tertipu dengan sangat mudah.
Apa sahaja maklumat anda terima, pastikan anda membuat semakan dengan sumber-sumber lain. Untuk berita viral, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah menyediakan laman web https://sebenarnya.my/untuk anda semak sesuatu informasi.
Kini, musim Syawal bakal tiba. Jadilah pembeli yang bijak. Sebelum membeli, siasat dulu penjual tersebut. Jangan nanti anda menjadi salah seorang yang kerugian ratusan ringgit kerana ditipu “scammer”.
Kepada peniaga pula, bersikap jujurlah. Jujur itu tidak membawa kerugian kepada anda. Berniaga la mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jangan kerana ingin keuntungan semata-mata, anda memperdayakan netizen dengan fakta yang tidak benar.
Mungkin sekarang anda selamat dari undang-undang di dunia, tapi di akhirat nanti selamatkah anda dari undang-undang Allah SWT?
Bagi mereka yang suka mengikuti informasi terkini tentang saudara Acap, sila ikuti dari Facebook abang kandung beliau, Denny Lang atau Facebook pihak bomba yang terlibat dalam operasi pencarian beliau Team Rescue Bencana Malaysia.
Sila semak sebelum disaman.
Amirah Alwie,
Pengurus,
Pusat Internet Kampung Seberang.