PENGENALAN PESTA NANAS, SARIKEI
Pesta Nanas Sarikei telah dilancarkan oleh YB Datuk David Teng Lung Chi pada 24 September 2005. Ia adalah bertujuan mempromosikan aktiviti-aktiviti pertanian dan ekonmi di Sarikei seterusnya mempromosi Sarikei sebagai sebuah destinasi pelancongan dan percutian yang menjurus kepada meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.
Agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Sarikei, FAMA, Jabatan Pertanian, Pejabat Residen dan seumpamanya memainkan peranan penting dalam menjayakan Pesta Nanas ini. Antara lain aktiviti dalam Pesta Nanas ini ialah Jualan hasil tani, jualan hasil kraf, jualan dan pameran makanan tempatan dan persembahan hiburan.
Pada sekitar tahun 70an, buah nanas dijual di jeti-jeti bot express laluan Kuching – Sarikei – Sibu. Penumpang-penumpang sering membeli buah nanas sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Lama-kelamaan nanas menjadi sinonim dengan Sarikei. Terdapat pelbagai spisis nanas yang popular di Sarikei. Nanas paun, Nanas Madu, Nanas Josapin dan Nanas Sawit. Antara kawasan pengeluaran nanas di Sarikei ialah Sg. Sawang, Parit Tengah, Sg. Salah, Sg. Sageng dan kawasan tanah gambut yang lain. Sehingga kini nanas telah dikaitkan dengan nama Sarikei selain keluaran-keluaran pertanian lain seperti Lada dan Getah.
PENGISIAN AKTIVITI PESTA NANAS
- Pameran pembangunan, ekspo pertanian dan jualan produk berkaitan bidang pertanian serta peralatan / mesin pertanian berteknologi tinggi
- Pameran pertanian dan jualan berteraskan buah-buahan, makanan dan lain-lain produk / hasil pertanian ;
- Demonstrasi masakan makanan dan/atau kuih- muih berasaskan nanas ;
- Pelbagai bentuk hiburan / persembahan kebudayaan, permainan dan sukan tradisional sebagai acara sampingan ;
- Sarikei sebagai Pusat Agropolis Wilayah / Zon Tengah Negeri Sarawak.
OBJEKTIF PENGANJURAN PESTA NANAS
- Mewujudkan suasana harmoni, menggalakkan kerjasama dan mengeratkan hubungan mesra di kalangan masyarakat berbilang kaum menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti ekonomi, sosial, kebudayaan dan sukan.
- Menyokong dan mendokong konsep “pertanian adalah perniagaan”.
- Membuka ruang dan peluang kepada usahawan tani (Agriculture Players) untuk mempromosi dan menjual segala produk serta input pertanian.
- Menggalakkan interaksi dan pertukaran ilmu pengetahuan pertanian di kalangan para petani dan masyarakat amnya.
- Mempromosi Sarikei sebagai destinasi pelancongan