Pesta Nanas Sarikei merupakan satu acara yang telah dimanifestasikan dalam penubuhan Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian Sarikei pada 12 Februari 1998 dan dalam masa yang sama juga telah dilantik sebagai Ikon Buah Nanas Sarikei.
Walau bagaimanapun, edisi pertama “Pesta Nanas Sarikei” telah diadakan pada tahun 2003. Festival Nanas sejak itu telah diadakan oleh “Agrofest” bermotifkan mengikut Bahagian Sarikei, yang terkenal dengan kepelbagaian hasil pertanian terutamanya buah-buahan tropika.
PENGISIAN AKTIVITI
-
Pameran pembangunan, ekspo pertanian dan jualan produk berkaitan bidang pertanian serta peralatan / mesin pertanian berteknologi tinggi
-
Pameran pertanian dan jualan berteraskan buah-buahan, makanan dan lain-lain produk / hasil pertanian
-
Demonstrasi masakan makanan dan/atau kuih- muih berasaskan nanas
-
Pelbagai bentuk hiburan / persembahan kebudayaan, permainan dan sukan tradisional sebagai acara sampingan
-
Sarikei sebagai Pusat Agropolis Wilayah / Zon Tengah Negeri Sarawak.
OBJEKTIF PENGANJURAN
-
Mewujudkan suasana harmoni, menggalakkan kerjasama dan mengeratkan hubungan mesra di kalangan masyarakat berbilang kaum menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti ekonomi, sosial, kebudayaan dan sukan.
-
Menyokong dan mendokong konsep “pertanian adalah perniagaan”.
-
Membuka ruang dan peluang kepada usahawan tani (Agriculture Players) untuk mempromosi dan menjual segala produk serta input pertanian.
-
Menggalakkan interaksi dan pertukaran ilmu pengetahuan pertanian di kalangan para petani dan masyarakat amnya.
-
Mempromosi Sarikei sebagai destinasi pelancongan