FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
” Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. “
SENARAI NAMA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH YANG TERDAPAT DI DAERAH SARIKEI
SK
|
SJK | ||
KOD SEKOLAH
|
NAMA SEKOLAH | KOD SEKOLAH | NAMA SEKOLAH |
YBA 6102 | SK SG SENTEBU | YBC 6101 | SJK CHUNG HIEN |
YBA 6105 | SK ABANG HAJI MATAHIR | YBC 6102 | SJK TIONG HO |
YBA 6107 | SK MANDOR ARIS | YBC 6103 | SJK SZE LU |
YBA 6109 | SK BUKIT KINYAU | YBC 6104 | SJK MINAR |
YBA 6111 | SK SARIKEI | YBC 6105 | SJK NAM KIEW |
YBB 6101 | SK UDIN | YBC 6106 | SJK SU LOK |
YBB 6102 | SK ADIN | YBC 6107 | SJK KIEW MANG |
YBB 6103 | SK BALONG | YBC 6108 | SJK HUA KEE |
YBB 6104 | SK PENGHULU ANDIN | YBC 6109 | SJK HUA NAM |
YBB 6106 | SK ST ANDREW | YCC 6102 | SJK BULAT |
YBB 6107 | SK ASSUN | YCC 6103 | SJK KWANG CHIEN |
YBB 6108 | SK RENTAP | YCC 6104 | SJK SU HING |
YBB 6111 | SK JAWA | YCC 6105 | SJK SU KWONG |
YBB 6112 | SK SG PAOH | YCC 6106 | SJK SU MING |
YBB 6113 | SK SG PETAI | YCC 6107 | SJK SU TAK |
YBB 6114 |
SK TANAH PUTIH |
YCC 6108 |
SJK SIUNG HUA |
YBB 6115 | SK SELANGAN | YCC 6110 | SJK WAH MAN |
YBB 6118 | SK MUARA PAYANG | YCC 6111 | SJK SING MING |
YCA 6101 | SK AGAMA SARIKEI | YCC 6112 | SJK SU LEE |
YCB 6101 | SK ST ANNE | YCC 6113 | SJK SU DOK |
YCH 6101 | SK METHODIST | YCC 6114 | SJK SAN MING |
YCC 6115 | SJK MING TAK | ||
YCC 6117 | SJK ST MARTIN |
SENARAI NAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH YANG TERDAPAT DI DAERAH SARIKEI
KOD SEKOLAH
|
NAMA SEKOLAH |
YEA 6102 | SMK BANDAR BARU SARIKEI |
YEB 6101 | SMK BANDAR SARIKEI |
YEE 6101 | SMK SG PAOH |
YFB 6101 | SMK TINGGI SARIKEI |
YFB 6102 | SMK ST ANTHONY |
SK Agama (MIS) Sarikei
Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Sarikei, ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Pada ketika itu, SK Agama tidak mempunyai bangunan sendiri. Namun demikian, masalah bangunan bukanlah satu penghalang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan Sekolah Kebangsaan Agama di Bahagian Sarikei.
Justeru itu, seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak telah dihantar ke Sarikei untuk meninjau dan mencari bangunan sementara. Pada permulaannya pilihan pertama ialah bangunan LAKISTRI (di atas Premis Sugar Bun). Memandangkan ketidaksesuaian skeolah beroperasi di atas premis makanan, maka pegawai tersebut telah meninjau bangunan lain di sekitar Sarikei. Akhirnya Bangunan MAKSAK Bahagian Sarikei telah dipilih kerana kesesuaiannya untuk dijadikan sekolah sementara.
Sesi persekolahan SK Agama MIS Sarikei pun mula beroperasi pada 1 Disember 1992 di Bangunan MAKSAK Bahagian Sarikei dengan Cikgu Ali Bin Bujang sebagai Guru Besar pertamanya.
Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar adalah seramai enam orang iaitu 4 orang guru dari Jabatan Pendidikan dan dipertanggunjawabkan untuk mengajar mata pelajaran teras manakala 2 orang guru dari Jabatan Agama Islam Sarawak pula bertanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Arab.
Pengambilan awal pelajar adalah seramai 50 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan. Kemasukan pelajar tersebut adalah setelah lulus menduduki Ujian Kemasukan Ke Tahun Satu Sekolah Agama yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Pendidikan Bahagian dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
Memandangkan Bangunan MAKSAK tidak dapat menampung bilangan pelajar yang bertambah setiap tahun, maka Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah membina sebuah sekolah bangunan sementara iaitu di Lot 1150 Kampung Seberang, Jalan Rentap, Sarikei. Sesi persekolahan di tapak sebenar pun bermula pada 10 Mac 1997.
Setelah sekian lama menanti, bangunan tetap yang baru telah siap dibina pada 1 Ogos 2002. Bangunan tetap ini telah digunakan sepenuhnya mulai 2 Ogos 2002 hingga sekarang.
Hubungi SK Agama (MIS) Sarikei:
No Tel: 084-655920
Emel: skamis_yca6101@yahoo.com