mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Tempat Menarik di Sarikei

Terdapat pelbagai tarikan yang menarik terdapat di Sarikei dan sesetengah bangunan yang masih berdiri dari dulu mempunyai sejarah masing-masing dan juga keunikan seni pembinaan dahulu kala. Makanan juga memainkan peranan penting dalam menarik pelancong untuk datang ke Sarikei. Terdapat pelbagai jenis makanan yang unik dan susah untuk didapati di tempat lain.

 

Keindahan lanskap bandar Sarikei adalah daya tarikan Bahagian ini yang turut diharmonikan dengan tujuh buah taman iaitu Taman Tasik, Taman Rimba Sebangkoi, Taman Tebingan Sungai, Taman Milenium, Taman Tebingan Sungai Nyelong, Taman Merdeka dan Taman Lalulintas.