mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Ogos – Kelas Microsoft Office Word 2010

Tarikh : 24 Ogos 2019
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Seberang
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada Microsoft Office Word 2010. Kelas ini juga mendedahkan kanak-kanak kepada bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris dan menaip semula simple letter tersebut menggunakan Microsoft Office Word 2010 dengan menggunakan format yang betul dan ejaan yang tepat. Ianya juga merupakan latihan asas supaya kanak-kanak dapat menggunakan Microsoft Office Word 2010 secara kendiri di masa hadapan untuk melakukan tugasan sekolah masing-masing.
   
Aktiviti 
Petugas menyediakan bahan cetakan dalam bentuk Simple Letter yang mengandungi format surat yang mudah. Petugas menerangkan cara membuka dokumen baru di Microsoft Office Word 2010 dan cara menggunakan keyboard sepanjang peserta menaip simple letter yang disediakan. Setelah selesai, petugas akan menyemak hasil tugasan setiap peserta dan akhirnya peserta diajar untuk menyimpan dokumen yang telah disiapkan.