mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Ogos – Bermain Barrel Pirate

Tarikh : 24 Ogos 2019
Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Seberang
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak agar tidak terlalu fokus pada permainan online sehingga melupakan permainan fizikal. Permainan ini juga mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dan mendidik peserta agar bermain dengan berhemah, mengikut giliran dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Peserta juga dididik agar sabra menerima kekalahan dan melaksanakan denda dengan jujur seperti yang telah dipersetujui.
   
Aktiviti 
Petugas menunjukkan cara untuk bermain Barrel Pirate dan menetapkan peraturan. Peserta akan melakukan “ohsom” untuk menentukan giliran masing-masing. Pedang dibahagikan sama rata sesame peserta dan peserta akan mula memasukkan pedang ke dalam lubang yang dipilih mengikut giliran sehingga ada yang menyebabkan lanun di tengah-tengah barrel terpelanting keluar. Peserta yang menyebabkan lanun terpelanting akan didenda membuat tekan tubi sebanyak 20 kali.