Berikut adalah langkah-langkah mengurangkan risiko jangkitan:
1. Tutup mulut dan hidung menggunakan ‘face mask’ apabila berhubung/berurusan dengan orang lain.
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
3. Pastikan menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
4. Memastikan pengguna yang berkunjung ke Pusat Internet adalah sihat dan maklumkan cara pencegahan kepada mereka disamping berkongsi maklumat kesihatan.
Dalam masa yang sama, petugas juga digalakkan untuk mengikuti isu ini bagi menambah baik cara pencegahan. Dilampirkan bersama, statistik terkini dan juga makluman untuk dikongsi.
Bagi petugas yang ada melawat keluar negara dalam masa berlakunya virus ini, di nasihatkan untuk menjalankan saringan kesihatan di mana-masa Hospital/Klinik yang terdekat.
Terima kasih dan sama-sama kita menjaga kesihatan.