mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – Mona Liza Lidom

USAHAWAN KECIL

Nama : Mona Liza Lidom
Umur : 38 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Mona Liza Lidom mempunyai sebuah syarikat yang didaftarkan di atas nama Moon’z Enterprise. Puan Mona Liza mengusahakan ladang madu kelulut. Selain menjual madu asli, beliau kini juga mula menghasilkan sabun madu kelulut homemade. Selain madu kelulut, Puan Mona Liza juga ada mengusahakan penanaman cendawan tiram kelabu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan sebarang kemudahan dan pengetahuan ICT, beliau mempromosikan produk melalui akaun facebook personal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Program Pembangunan Aplikasi Mobile anjuran PBB N.41 Kuala Rajang bertempat di Pusat Internet Kampung Seberang November 2018 yang lalu, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan aplikasi mobile beliau sendiri yang kini boleh di muat turun di Play Store iaitu “Mona Liza”. Malah kini beliau mempromosikan perniagaan beliau di Shopee dan sudah mula menulis di blog.