mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Zuhizzatul Abdol Kader

USAHAWAN KECIL

Nama : Zuhizzatul Abdol Kader
Umur : 20 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Zuhizzatul merupakan seorang usahawan muda lepasan STPM yang mengusahakan perkhidmatan ukiran inai. Pelangan beliau terdiri daripada pasangan yang bakal berkahwin. Beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak beliau masih belajar. Pengetahuan beliau dapat daripada belajar sendiri dan melihat melalui internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan sebarang kemudahan dan pengetahuan ICT, beliau mempromosikan produk melalui akaun facebook personal dan tidak mempunyai facebook page. Beliau juga tidak tahu cara-cara untuk mengambil gambar produk secara profesional dan cara untuk mengedit gambar untuk di masukkan ke dalam facebook. Selain dari itu, beliau tidak tahu cara menggunakan Adobe Photoshop/ Canva untuk membuat poster dan gambar promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan PI, beliau mempunyai Page Facebook  dan Instagram sendiri bagi mempromosikan perniagaan dan service beliau dengan lebih berkesan. Dalam masa yang sama, beliau mempelajari cara-cara penggunaan Adobe Photoshop & Canva. Dengan ini, beliau dapat edit gambar-gambar untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. Kelebihan mempelajari applikasi berikut adalah beliau dapat menggunakan applikasi tersebut untuk mencipta logo perniagaan sendiri. 

Setelah berkunjung ke PI, beliau juga mempelajari asas fotografi produk seperti lighting, angle and subject. Tujuan mempelajari asas ini adalah agar gambar-gambar produk yang ingin di promosi kelihatan menarik dan cantik agar dapat menarik minat pembeli dan meningkatkan hasil jualan.