mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Siti Nur Ain Bt Zaifuri

USAHAWAN KECIL 

Nama : Siti Nur Ain Binti Zaifuri
Umur : 29 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Siti nur ain berumur 29  tahun dan  berasal daripada Sarikei. Beliau tinggal di Lot 1608, Jalan Rambai, Kg Seberang, Sarikei, Sarawak.  Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 014-2054255 dan dia juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp atau menerusi email iaitu genjisyg1404@gmail.com. Siti nur ain telah menjadi ahli  di PI Kg Seberang  sejak April 2014. 

Beliau merupakan seorang ibu kepada seorang anak berusia 6 tahun serta isteri kepada seorang pesakit Strok. Beliau merupakan seorang tukan cuci di Sk Sarikei. Oleh kerana gaji sebagai seorang tukang cuci hanya berjumlah RM920 sebulan, beliau menjalankan peniagaan kecil-kecilan untuk menanggung ibu, nenek dan 3 orang anak saudara yang tinggal bersama beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dengan PI, pendapatan kasar beliau hanya lah sekitar RM920 dan beliau tidak mempunyai apa-apa medium untuk mempromosikan produk-produk jualan beliau seperti facebook, instagram dll. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer dan applikasi-applikasi seperti ms word, excel dan powerpoint. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau selepas terlibat dengan Pusat Internet Kg seberang dan penggunaan ICT meningkat dari RM920 kepada sekitar RM1,300 sebulan. Daripada bisnes yang dijalankan oleh beliau menggunakan kemudahan ICT, pendapatan beliau meningakat sebanyak 30%

Selepas terlibat dalam PI, beliau mula mengikuti pelbagai kelas komputer dan mengikuti aktiviti-aktiviti serta program-program yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg Seberang. Beliau belajar cara mengunakan Microsoft Word dan juga cara-cara untuk mempromosikan produk dan peniagaan di laman sosial ex. Facebook. Klik disini

PI membantu beliau mempromosikan produk melalui facebook, memberi kelas percuma kepada beliau dan juga banyak mengadakan kursus dan kelas-kelas berbentuk ICT yang banyak membantu beliau dan juga komuniti yang lain tentang cara-cara penggunaan internet dengan betul. Selain daripada itu, PI1M juga mengadakan pertandingan yang menyuntik semangat beliau untuk terus memperhebatkan promosi-promosi beliau di Facebook ex. Pertandingan Usahawan Online Paling Aktif yang dijuarai oleh beliau pada Hari Bersama Komuniti tahun 2016 yang lepas. 

Melalui PI, beliau banyak belajar menggunakan internet dan semakin mahir mempromosikan perniagaan beliau melalui facebook. Pengalaman dan kemahiran yang beliau dapat daripada PI1M amat membantu beliau dalam menambah pendapatan serta mencari peluang yang lebih luas untuk masa hadapan.