mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Roslena Malahir

USAHAWAN KECIL

Nama : Roslena Malahir
Umur : 39 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Roslena Malahir merupakan seorang usahawan yang mempunyai sebuah syarikat sendiri iaitu Cahaya Mortazam Enterprise. Beliau menjual pelbagai jenis produk-produk seperti kopi, bahan kecantikan, supliment dll. Beliau menjalankan perniagaan di rumah dan pasar minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan sebarang kemudahan dan pengetahuan ICT, beliau mempromosikan produk melalui akaun facebook personal dan tidak mempunyai facebook page. Para pelangan hendaklah pergi ke rumah atau kedai beliau jika ingin membeli sesuatu daripada nya. Jika terdapat apa-apa produk baru, hanya pelangan yang datang sahaja mengetahui akan produk tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan PI, beliau mempunyai Page Facebook  dan Instagram sendiri bagi mempromosikan perniagaan dan service beliau dengan lebih berkesan. Beliau dapat mempromosikan produk jualan melalui kaedah online marketing. Dalam masa yang sama, jika terdapat produk baru, pelangan dapat mengetahui ia serta merta. Pelangan tidak perlu ke kedai atau rumah jika ingin melihat, bertanya atau membeli. Beliau juga mempelajari cara-cara untuk menggunakan Ms Office bagi tugasan harian seperti menggunakan Ms Excel sebagai kaedah untuk menguruskan kewangan perniagaan nya.