USAHAWAN KECIL
Nama | : Nurfatin Khadijah Binti Abdullah |
Umur | : 29 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Nurfatin Khadijah Binti Abdullah berumur 29 tahun dan berasal daripada Sarikei. Beliau menetap di Lot 164, Lrg 1, Jln Allamanda, Kampung Seberang, 96100 Sarikei, Sarawak. Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 014-2854954 dan dia juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp. Nurfatin Khadijah Binti Abdullah telah menjadi ahli di PI Kg Seberang sejak Oktober 2017. Beliau merupakan seorang guru Tadika KEMAS, Sarikei. Dalam masa yang sama, beliau turut menjalankan peniagaan sulaman sebagai pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan sebarang kemudahan dan pengetahuan ICT, beliau mempromosikan produk melalui akaun facebook personal dan tidak mempunyai facebook page. Beliau juga tidak tahu cara-cara untuk mengambil gambar produk secara profesional dan cara untuk mengedit gambar untuk di masukkan ke dalam facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas terlibat dengan PI1M, beliau mempunyai Page Facebook dan Instagram sendiri bagi mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih berkesan. Dalam masa yang sama, beliau mempelajari cara-cara penggunaan Adobe Photoshop & Canva. Dengan ini, beliau dapat edit gambar-gambar untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. Kelebihan mempelajari applikasi berikut adalah beliau dapat menggunakan applikasi tersebut untuk mencipta logo perniagaan sendiri.
Setelah berkunjung ke PI, beliau juga mempelajari asas fotografi produk. Tujuan mempelajari asas ini adalah agar gambar-gambar produk yang ingin di promosi kelihatan menarik dan cantik agar dapat menarik minat pembeli dan meningkatkan hasil jualan.