USAHAWAN KECIL
Nama | : Amalina Liyana Binti Abdullah |
Umur | : 24 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Amalina Liyana Binti Abdullah berumur 24 tahun dan berasal daripada Sarikei. Beliau menetap di No. 6, Kampung Baju, 96100 Sarikei, Sarawak. Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 012-8857481 dan dia juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp. Amalina Liyana telah menjadi ahli di PI Kg Seberang sejak Oktober 2017. Beliau merupakan seorang jurumekap dan turut menjual barang-barang mekap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan sebarang kemudahan dan pengetahuan ICT, beliau mempromosikan produk melalui akaun facebook personal dan tidak mempunyai facebook page. Beliau juga tidak tahu cara-cara untuk mengambil gambar produk secara profesional dan cara untuk mengedit gambar untuk di masukkan ke dalam facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas terlibat dengan PI, beliau mempunyai Page Facebook dan Instagram sendiri bagi mempromosikan perniagaan dan service beliau dengan lebih berkesan. Dalam masa yang sama, beliau mempelajari cara-cara penggunaan Adobe Photoshop & Canva. Dengan ini, beliau dapat edit gambar-gambar untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. Kelebihan mempelajari applikasi berikut adalah beliau dapat menggunakan applikasi tersebut untuk mencipta logo perniagaan sendiri.
Setelah berkunjung ke PI, beliau juga mempelajari asas fotografi produk seperti lighting, angle and subject. Tujuan mempelajari asas ini adalah agar gambar-gambar produk yang ingin di promosi kelihatan menarik dan cantik agar dapat menarik minat pembeli dan meningkatkan hasil jualan.