Pada 21-23 Mac 2025, MCMC telah berjaya menganjurkan “BAZAR & BELAJAR @ NADI”, satu program khas yang menggabungkan Special Program Untouched NADI dengan Bazar Raya NADI di seluruh pusat NADI.
Program ini berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti, termasuk bazar jualan Hari Raya, sesi webinar dan perkongsian keusahawanan, serta pendaftaran ahli baru NADI. Dengan penyertaan komuniti setempat, program ini bukan sahaja membuka peluang perniagaan kepada usahawan tempatan, tetapi juga memperkasakan masyarakat dengan ilmu digital dan keusahawanan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini terus memberi manfaat kepada komuniti!
#NADI #BazarDanBelajar #MCMC #Keusahawanan #Digitalisasi


