mcmc
Maklumat Am

Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang & Tarikh Bayaran BSH Mac 2019

Bantuan Sara Hidup Bujang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi.

BSH Bujang sebanyak RM100 akan dibayar terus ke akaun penerima pada penghujung Mac nanti.

Hanya penerima BSH 2018 kategori berikut layak menerima bayaran RM100 iaitu:a

  • Bujang berumur 59 tahun ke bawah pada 2019
  • Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda yang berumur 59 tahun ke bawah

Pemohon yang telah disenarai hitam tidak layak memohon BSH tahun ini.

Pemohon kategori bujang yang berumur 70 tahun ke atas tidak layak menerima bantuan RM100 kerana telah menerima BSH fasa pertama 28 Januari lalu.

 

Pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga untuk kategori lain akan dibayar Mei dan Ogos nanti.