mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

SARIKEI ESPLANADE SG REJANG

esplanadesgrejangheader

 

Sungai Rejang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Sarikei Esplanade Sungai Rejang sepanjang lebih kurang 2000 kaki dihiasi dan dilengkapi dengan landskap yang bagus dan menarik.  Esplane Sungai Rejang berjarak daripada Pangkalan Lembaga Air Rejang, Terminal Express 1 sehingga Terminal Express 2. Penduduk yang ingin berjalan kaki daripada Terminal 1 ke Terminal 2 dapat menggunakan laluan Esplanade yang telah disediakan. Anda boleh mencari perlindungan dari matahari di bawah kanopi pokok dan pohon tropika, bersantai di kerusi bertema kan batang pokok dan menikmati pukulan angin yang lembut sambil melihat aktiviti air. Terdapat hiasan flora seperti pokok-pokok rendah dan tinggi menutupi matahari menjadikan tempat tersebut redup untuk berteduh dan fauna seperti siulan burung-burung. Esplanade Sungai Rejang dibuka pada September 1, 1991.

Pada pertengahan 70-60an, Esplanade Sungai Rejang merupakan satu-satunya taman permainan di bandar (kini dirobohkan) untuk keluarga beriadah dan kanak-kanak bermain  pada waktu petang. Terdapat beberapa permainan yang agak menarik di Esplanade ini contohnya adalah kapal terbang, “merry go around”, sarang labah-labah, buaian dan jongkang-jongkit. Semua permainan tersebut telah dirobohkan atas sebab membahayakan kerana telah rosak dan bakal mengundang bahaya kepada pengguna. Dibahagian hujung kiri baru-baru ini telah disediakan beberapa kemudahan untuk bersenam.

esplanadesgrejang

Sebelum Jambatan Sibu dibina, Terminal Express 1 dan 2 adalah pengangkutan utama untuk warga Sarikei ke Rejang dan Tanjung Manis. Pengangkutan bot Express dan Speedboat amatlah terkenal pada masa itu. Tambang yang dikenakan pada masa itu adalah lebih kurang RM10.00 untuk seorang penumpang. Pemandangan Esplanade Sungai Rejang sering dipenuhi dengan bot-bot kecil dan besar berlabuh atau datang dan pergi.

Pada musim buah-buahan, sepanjang Esplanade akan menjadi sesak dan dipenuhi gerai-gerai menjual buah-buahan tempatan dan bermusim. Contoh-contoh buah yang laris dan terkenal adalah dabai, durian, manggis, longan, rambutan, mata kuching, dan lain-lain. Esplanade Sungai Rejang amat sesuai untuk berjalan-jalan beriadah dan melihat matahari terbenam. Sesiapa yang ingin mengambil gambar-gambar matahari terbenam amatlah digalakkan untuk pergi ke Esplanade Sungai Rejang kerana gambar yang diambil disana sangat cantik.